3.2.14
Petua Untuk Melembutkan Ayam Kampung
Hai .. korang semua mesti suka makan ayam kan? Kat sini terdapat 2 jenis ayam iaitu ayam biasa ( yang mudah didapati ) & ayam kampung. Ayam kampung biasanya dimasak gulai , kari , masak lemak cili padi & digoreng berempah.
Kalau ayam kampung tidak dimasak dengan betul akan menjadi keras. Di sini saya ingin memberikan 2 cara untuk melembutkan ayam kampung :
( i ) Kalau nak masak lemak atau gulai ayam kampung , ambil 4 biji kurma & diletakkan ke dalam kuah atau gulai semasa mamasak. Insyaallah ayam kampung akan menjadi lembut.
( ii ) Kalau nak masak ayam kampung goreng berempah pula , rebus dahulu ayam kampung bersama2 air , serai , lengkuas , halia , garam , gula merah & daun limau purut. Kuantiti bahan & air mengikut banyak mana ayam yang direbus. Korang rebus sehingga ayam menjadi lembut. Selepas itu barulah digoreng dengan bahan2 berempah.
Okey lah .. sampai di sini sahaja coretan saya pada hari ini. SELAMAT MENCUBA YER KORANG !!
x pernah lagi face problem masak ayam kg...biasa masak je sebab mmg lepas masak tu daging dia lembut...thanks for sharing dear...
BalasPadam