26.4.14
Buah Berangan Yang Sedap
Hai .. korang pernah tengok macam mane rupa buah berangan? Inilah rupa buah berangan. Sedikit info mengenai buah ini. Buah berangan ini ditanam di kebanyakan tempat di negeri China, antaranya yang paling banyak termasuklah kawasan di provinsi Hebei dan Shandong. Buah berangan yang dihasilkan di Tai'an, Shandong amat terkenal kerana mempunyai rasa manis dan sedap.
Buah Berangan ini boleh dikupas dan dimakan mentah, tetapi ia boleh menjadi seperti pedar (pedas-tajam) terutamanya jika pelikel tidak diasingkan. Kaedah lain untuk makan adalah dengan membakar..ini tidak perlu dikupas. Sebelum membakarnya perlu dibelah sedikit supaya ia tidak menyebabkan 'letupan' kecil. Setelah masak, teksturnya sama seperti kentang bakar, yang mana ianya mempunyai rasa yang lembut, manis dan berperisa kacang. Buah berangan ini boleh dimakan menjadikannya halwa, rebus, kukus, panggang atau bakar. Kaedah memasak buah ini ada 3 cara iaitu memanggang , membakar dan merebus. Contohnya seperti membakar , korang boleh bakar di atas dapur ataupun menggunakan arang.
Buah berangan ini boleh didapati di kedai-kedai yang menjualnya.
dah lama tak makan buah berangan ni..sedap!
BalasPadamjom p beli..
BalasPadam