ENTRI MELETOP !! WAJIB CLIK !!

LAPTOP/KOMPUTER ANDA ROSAK? KAMI BOLEH BANTU ! JUGA MENYEDIAKAN PELBAGAI SERVICE MAKLUMAT LANJUT DI SINI

27.4.14

Tips Untuk Menjaga Mata Kita



Mata merupakan anugerah yang diberikan kepada korang untuk melihat. Ianya juga salah satu anggota yang penting dalam kehidupan seharian untuk melakukan kerja-kerja. Oleh itu , mata hendaklah sentiasa dijaga & diberikan vitamin yang sesuai. Di antara tips untuk menjaga mata ialah : ~
( a ) Amalkan memakan buah yang berwarna ungu seperti buah prun & buah beri kerana ianya sangat kaya dengan sebatian yang di kenali sebagai ‘"anthocyanidins’" yang terbukti memberi manfaat pada kesihatan mata.
( b ) Amalkan memakan sayuran yang berwarna hijau seperti kangkung , bayam , sawi & salad kerana ianya sangat kaya dengan beta karotin yang baik untuk mata.
( c ) Pengambilan buahan yang berwarna oren atau kuning juga sangat penting kerana ianya mempunyai beta karotin yang terkandung di dalamnya sangat tinggi. Contohnya seperti buah betik & mangga masak.
( d ) Amalkan memakan sayuran yang berwarna oren & merah seperti lobak merah , tomato & labu sekurang-kurangnya sehari sekali. Ianya bagi memastikan tubuh anda sentiasa mendapat sumber beta karotin yang berterusan.
( e ) Kerap melakukan senaman mata dengan cara mengerdipkan dan memejamkan mata anda kerana ia mampu mengurangkan keradangan dan rasa letih pada mata.
( f ) Mengurangkan stress pada mata dengan meletakkan hirisan timun pada kelopak mata anda. Mata yang letih mengakibatkan lingkaran gelap di sekeliling mata terjadi seterusnya menjejaskan penampilan anda.
( g ) Memerlukan tidur yang cukup untuk membantu merehatkan mata anda dan membuat mata anda kelihatan segar dan bermaya.
( h ) Kalau boleh elakkan mata anda dari cahaya yang sangat terang kerana ia akan menjejaskan penglihatan anda. Pakailah kaca mata gelap untuk memelihara mata anda.

Ayuh , kita sama-sama menjaga mata kita agar kelihatan lebih sihat.

1 ulasan:

KALAU AWAK COMEL TEKAN SINI

 
Template Edited By Mastura Aziz ♥ All Rights Reserved © 2014