24.6.14

Menu Diet 2 | Kebab Roti Pita



Menu untuk diet pada kali adalah berasaskan roti pita. Roti pita ini mudah mengenyangkan.

Bahan A :
Isi daging ayam ( dicincang )
Bawang merah ( ditumbuk )
Bawang putih ( ditumbuk )
Sos cili
Sos lada hitam
Secubit garam

Bahan B:
Timun ( dipotong dadu )
Tomato ( dipotong dadu )
Daun Salad

Bahan C
2 keping roti pita ( dibelah 2 )
Sedikit minyak ( untuk menumis )


Cara membuatnya :
1) tumiskan bawang merah , bawang putih dan isi daging ayam dengan sedikit minyak hingga naik bau.
2) apabila dah naik bau , masukkan sos cili dan sos lada hitam. Kacau sebati.
3) perasakan dengan secubit garam dan kacau sebati. apabila sudah masak boleh tutup api.
4) ambil roti pita yang telah dibelah 2 , masukkan dau salad dahulu.
5) kemudian masukkan isi ayam yang ditumis tadi.
6) kemudian masukkan tomato dan timun yang telah dipotong dadu. ( kalau suka boleh letak mayonis di dalam )
7) ulang sehingga roti pita habis. sedia untuk makan.



**SELAMAT MENCUBA**

1 ulasan:

KALAU AWAK COMEL TEKAN SINI