6.6.14

Tips Untuk Menjaga dan Memutihkan Kulit Wajah



Kulit wajah hendaklah sentiasa bersih dari segala kekotoran. Apatah lagi kalau asyik terdedah daripada sinaran matahari. Pernahkah korang terfikir bagaimana hendak menjaga kulit wajah selain menggunakan mask yang dibeli di pasaraya? Mask juga boleh dibuat sendiri mengikut petua orang tua-tua. Antaranya ialah :

CARA PERTAMA
( a ) ambil sekurang-kurangnya 5 helai pucuk jambu batu dan dibersihkan.
( b ) tumbuk daun sampai hancur dan campurkan dengan sedikit air masak.
( c ) sapu serta gosokkan secara perlahan-lahan bahan tadi ke muka korang. lakukan sekurang-kurangnya dalam 5 minit.
( d ) selepas itu , cucilah muka korang dengan air yang bersih & lapkan dengan tuala lembut.

CARA KEDUA
( a ) parut isi timun dan campurkan bersama dengan setengah biji asam limau nipis dan sedikit bedak sejuk.
( b ) sapukan ke muka korang pada setiap malam. insyaallah kulit wajah akan menjadi putih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KALAU AWAK COMEL TEKAN SINI