ENTRI MELETOP !! WAJIB CLIK !!

LAPTOP/KOMPUTER ANDA ROSAK? KAMI BOLEH BANTU ! JUGA MENYEDIAKAN PELBAGAI SERVICE MAKLUMAT LANJUT DI SINI

21.4.14

Sambal Belacan Melaka



Sambal belacan paling digemari oleh orang ramai. Tidak kira bujang mahupun berkeluarga. Ianya sedap dimakan bersama nasi putih & ulam-ulaman seperti pucuk ubi , daun selom , kacang botor dan sebagainya.
Sambal belacan juga boleh dimakan dengan ikan bakar.Sebenarnya , tidak susah untuk membuat sambal belacan ini. Antara rajin atau malas jer. Pada kali ini , saya ingin berkongsi sedikit resepi untuk membuat sambal belacan orang Melaka.

Cara-cara membuat sambal belacan Melaka :
Bahan-bahan
5 batang cili hidup / cili padi
sedikit belacan
setengah biji tomato
secubit garam
1 sudu kecil gula pasir
2 biji limau sambal

Cara Membuatnya :
a) belacan dibakar sehingga naik bau.
b) tumbuk cili hidup dengan belacan yang dibakar sehingga lumat.
c) masukkan garam , gula & ditumbuk lumat.
d) masukkan tomato yang telah dihiris & ditumbuk lumat.
e) kemudian sambal belacan tadi dihidang ke dalam piring.
f) perahkan limau sambal untuk mendapatkan airnya.
g) sedia untuk dimakan.. ermm .. sedapnya !!

JOM CUBA !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KALAU AWAK COMEL TEKAN SINI

 
Template Edited By Mastura Aziz ♥ All Rights Reserved © 2014