Korang pernah makan buah binjai x? Kalau korang nak tahu inilah rupa buah binjai. Buahnya berbentuk bujur. Ermm.. Sedap tau buah binjai ini. Rugi kalau korang tak pernah makan.
Tapi kan , macam mane nak tahu buah binjai ini manis atau masam? Masa membeli buah binjai ini korang tengok pada rupa. Kalau buah binjai tu muda maknanya rasanya masam. Kalau buah binjai tu masak maknanya rasanya manis. Buah binjai kebanyakan dijual di pasar-pasar borong. Lebih-lebih lagi di negeri Melaka , Johor , Kelantan dan Terengganu.
Buah binjai yang manis lebih sedap diratah begitu sahaja atau dimakan bersama nasi. Manakala buah binjai yang masam dibuat sambal , gulai dan jeruk. Kalau orang Melaka selalunya diorang buat sambal belacan atau gulai. Kalau di negeri cik siti wan kembang , diorang selalunya buat sambal atau diperam untuk dijadikan jeruk. Contohnya seperti masak lemak binjai , asam pedas binjai dan lain-lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
KALAU AWAK COMEL TEKAN SINI