5 atau 6 ketul ayam
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
setengah sudu serbuk kari
setengah sudu serbuk jintan putih
setengah sudu serbuk lada putih
setengah sudu serbuk lada hitam
3 sudu madu lebah
Ayam dibasuh & dibersihkan dahulu. Perap ayam tadi dengan menggunakan kesemua bahan perapan & gaul hingga sebati. Kemudian , perap ayam selama 1 atau 2 jam supaya bahan-bahan tadi meresap ke dalam ayam. Selepas itu , panggang ayam tadi di atas kuali leper selama setengah jam atau sehingga masak. Jangan lupa renjiskan sedikit minyak ke atas ayam tadi.(ps** saya menggunakan kuali pemanggang ajaib ) Siap & sedia untuk dihidangkan.
sedapnyer....
BalasPadamwahh..sedap..kalau guna wings mesti lagi sedappp..
BalasPadam