ENTRI MELETOP !! WAJIB CLIK !!

LAPTOP/KOMPUTER ANDA ROSAK? KAMI BOLEH BANTU ! JUGA MENYEDIAKAN PELBAGAI SERVICE MAKLUMAT LANJUT DI SINI

6.6.14

Sejarah Beras Terbakar di Pulau Langkawi




Beras Terbakar merupakan tempat yang didakwa terdapatnya beras terbakar selepas tewasnya Datuk Kerma Wijaya mempertahankan Pulau Langkawi daripada serangan musuh yang terdiri daripada angkatan tentera Siam. Beras Terbakar ini terletak di Kampung Raja, Mukim Padang Matsirat. Kawasan ini kini terletak di dalam kawasan tanah milik persendirian.

Berdasarkan cerita zaman orang tua-tua, Pemerintahan Pulau Langkawi 200 tahun dahulu sampai kurun sembilan belas bertempat di Kampong Raja yang tersebut. Ini dibuktikan apabila seorang daripada Pegawai Daerah, Pulau Langkawi, yang telah meninggal dunia 80 tahun dahulu telah dikuburkan di kampung ini dan kubur itu ada sampai sekarang.

Berdasarkan sejarahnya , selepas beberapa bulan pembunuhan Mahsuri dengan perintah Datuk Seri Kerma Jaya yang memerintah Langkawi pada masa itu, pulau ini telah diserang dengan hebatnya oleh orang-orang Siam. Tempat berlakunya pertempuran yang dahsyat dan di mana Datuk Seri Kerma Jaya dan panglima-panglimanya yang gagah telah terkorban ialah di Selat Berhala Balik iaitu selat jalan masuk ke Pelabuhan Kuah sekarang.

Sebelum pertempuran yang tersebut itu berlaku, Datuk Kerma Jaya berasa Pulau Langkawi akan tewas, oleh itu ia beri hukum kepada orang-orangnya sekalian beras simpanan hendaklah di tanam supaya ia tidak terlepas ke tangan musuh. Ketewasan Datuk Kerma Jaya bagi mempertahankan Pulau Langkawi, mengikut kepercayaan orang-orang pada masa itu dan sampai sekarang pun, ialah dengan kerana sumpahan Mahsuri yang berbunyi "Dengan kerana kezaliman yang dijatuhkan ke atasnya, Pulau Langkawi tidak akan aman dan makmur sehingga tujuh keturunan". Satu daripada bukti sumpahan itu ialah beras simpanan terbakar.

Beras Terbakar sampai sekarang digunakan oleh sesetengah orang sebagai penawar bagi pengubat demam panas dan kepialu dan ubat sakit perut. Begitulah sedikit sebanyak mengenai Beras Terbakar.

*jika ternampak iklan Petronas Primax 95 & Tune Money sedang berlegar-legar tlg klik yer*

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KALAU AWAK COMEL TEKAN SINI

 
Template Edited By Mastura Aziz ♥ All Rights Reserved © 2014