LAPTOP/KOMPUTER ANDA ROSAK? KAMI BOLEH BANTU ! JUGA MENYEDIAKAN PELBAGAI SERVICE MAKLUMAT LANJUT DI SINI

29.4.14

WORDLESS WEDNESDAY #17 | Ubat Nyamuk Elektrik



Usah risau tentang nyamuk yang setiap malam menganggu tidur anda. Gunakanlah ubat nyamuk yang berkesan untuk menghalau nyamuk pada setiap malam.

p/s : siang hari jangan lupa tutup suis.

WORDLESS WEDNESDAY #16 | Bahan Kitar Semula



Hai .. korang cantik x benda ni? Inilah dye bahan-bahan kitar semula yang boleh diguna pakai. Tak membazir kan? Ianya boleh dijadikan cenderahati , bekas pensil dan sebagainya.

28.4.14

Dadih HOMEMADE



Ermm ... kalau musim panas macam ni , sedapnya makan dadih. Tak kiralah perisa ape sekalipun. Bagi saya , saya suka perisa cokat , jagung & strawberi. Ketiga-tiga perisa ini memang kegemaran saya. Dadih ini boleh didapati di kebanyakan pasar-pasar malam. Apa kata , kali ini korang buat dadih sendiri. Lagipun tak susah nak buat dadih sendiri. Bahan-bahan pun senang & mudah didapati di pasaraya. Jom ! Buat dadih homemade.. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah : ~
~ 5 gram serbuk agar2 atau setengah bungkus agar2 bertali
~ 500ml susu segar berperisa coklat
~ 3/4 cawan gula
~ 500ml air masak
~ 1 sudu teh garam
~ 1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn 2 sudu besar air
~ 1sudu teh emulco coklat

Cara membuatnya:
(a) Agar2 dimasak bersama air hingga mendidih. Jika korang menggunakan agar2 bertali, rendam dulu supaya lembut dan lebih cepat hancur. Masukkan garam dan gula. Masukkan adunan tepung jagung. Masak hingga mendidih.
(b) Masukkan susu segar berperisa coklat & emulco coklat setelah agar-agar tadi hancur.
(c) Masaklah kembali adunan tersebut. Gunakan api yg sederhana sj dan hendaklah sentiasa dikacau agar tidak berketul. Apabila nampak tanda2 mendidih, padamkan api. Peringatan: jgn masak terlalu lama nanti dadih menjadi keras.
(d) Biarkan sebentar dadih tadi atau hingga suam baru lah ditapis sebelum dimasukkan kedalam bekas. Kalau nak lebih cepat bolehlah dimasukkan kedalam peti ais seketika.
(e) Apabila dadih dah menjadi bolehlah dimakan. Ermm.. sedapnya!

Selamat Mencuba !

~emulco coklat yang saya gunakan~

27.4.14

Tips Untuk Menjaga Mata Kita



Mata merupakan anugerah yang diberikan kepada korang untuk melihat. Ianya juga salah satu anggota yang penting dalam kehidupan seharian untuk melakukan kerja-kerja. Oleh itu , mata hendaklah sentiasa dijaga & diberikan vitamin yang sesuai. Di antara tips untuk menjaga mata ialah : ~
( a ) Amalkan memakan buah yang berwarna ungu seperti buah prun & buah beri kerana ianya sangat kaya dengan sebatian yang di kenali sebagai ‘"anthocyanidins’" yang terbukti memberi manfaat pada kesihatan mata.
( b ) Amalkan memakan sayuran yang berwarna hijau seperti kangkung , bayam , sawi & salad kerana ianya sangat kaya dengan beta karotin yang baik untuk mata.
( c ) Pengambilan buahan yang berwarna oren atau kuning juga sangat penting kerana ianya mempunyai beta karotin yang terkandung di dalamnya sangat tinggi. Contohnya seperti buah betik & mangga masak.
( d ) Amalkan memakan sayuran yang berwarna oren & merah seperti lobak merah , tomato & labu sekurang-kurangnya sehari sekali. Ianya bagi memastikan tubuh anda sentiasa mendapat sumber beta karotin yang berterusan.
( e ) Kerap melakukan senaman mata dengan cara mengerdipkan dan memejamkan mata anda kerana ia mampu mengurangkan keradangan dan rasa letih pada mata.
( f ) Mengurangkan stress pada mata dengan meletakkan hirisan timun pada kelopak mata anda. Mata yang letih mengakibatkan lingkaran gelap di sekeliling mata terjadi seterusnya menjejaskan penampilan anda.
( g ) Memerlukan tidur yang cukup untuk membantu merehatkan mata anda dan membuat mata anda kelihatan segar dan bermaya.
( h ) Kalau boleh elakkan mata anda dari cahaya yang sangat terang kerana ia akan menjejaskan penglihatan anda. Pakailah kaca mata gelap untuk memelihara mata anda.

Ayuh , kita sama-sama menjaga mata kita agar kelihatan lebih sihat.

26.4.14

Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2


As-Salamualaikum & Salam 1 Malaysia !! Giveaway ini berlangsung selama 6 hari sahaja. Jom meriahkan lagi giveaway blog kak uzu di bawah.

[ Tekan banner di atas kalau nak join ]

Mini GA Cash RM350 by Emas Putih #part2 ini dianjurkan oleh Emas Putih 
dan disponser oleh Syiera , Iskandar Daughter , Saidatul dan Syira Lokman dan Mahamahu :)

Buah Berangan Yang Sedap



Hai .. korang pernah tengok macam mane rupa buah berangan? Inilah rupa buah berangan. Sedikit info mengenai buah ini. Buah berangan ini ditanam di kebanyakan tempat di negeri China, antaranya yang paling banyak termasuklah kawasan di provinsi Hebei dan Shandong. Buah berangan yang dihasilkan di Tai'an, Shandong amat terkenal kerana mempunyai rasa manis dan sedap.
Buah Berangan ini boleh dikupas dan dimakan mentah, tetapi ia boleh menjadi seperti pedar (pedas-tajam) terutamanya jika pelikel tidak diasingkan. Kaedah lain untuk makan adalah dengan membakar..ini tidak perlu dikupas. Sebelum membakarnya perlu dibelah sedikit supaya ia tidak menyebabkan 'letupan' kecil. Setelah masak, teksturnya sama seperti kentang bakar, yang mana ianya mempunyai rasa yang lembut, manis dan berperisa kacang. Buah berangan ini boleh dimakan menjadikannya halwa, rebus, kukus, panggang atau bakar. Kaedah memasak buah ini ada 3 cara iaitu memanggang , membakar dan merebus. Contohnya seperti membakar , korang boleh bakar di atas dapur ataupun menggunakan arang.
Buah berangan ini boleh didapati di kedai-kedai yang menjualnya.

23.4.14

WORDLESS WEDNESDAY #15 | First Aid



First Aid Kit dalam bahasa melayu ialah Peti Pertolongan Kecemasan. Ianya wajib ade di setiap rumah. Barangan di dalam peti kecemasan pula adalah seperti plaster , ubat & sebagainya.

22.4.14

Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com



Pencarian bloglist bagi bulan Mei dan Jun 2014 di Mialiana.com bermula pada hari ini, 22 April 2014, iaitu tepat jam 11.15 pagi sehingga 11.15 malam nanti. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Follow blog Mialiana.com, Add To Circle Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  2. Buat entri bertajuk Segmen 12 Jam Bloglist #8 Mialiana.com
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senang dan mudah bukan?

12 blog yang bertuah akan dipilih oleh random.org dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog Mialiana.com ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 30 April 2014.

tunggu apa lagi... jom support Mia Liana ya...

21.4.14

Sambal Belacan Melaka



Sambal belacan paling digemari oleh orang ramai. Tidak kira bujang mahupun berkeluarga. Ianya sedap dimakan bersama nasi putih & ulam-ulaman seperti pucuk ubi , daun selom , kacang botor dan sebagainya.
Sambal belacan juga boleh dimakan dengan ikan bakar.Sebenarnya , tidak susah untuk membuat sambal belacan ini. Antara rajin atau malas jer. Pada kali ini , saya ingin berkongsi sedikit resepi untuk membuat sambal belacan orang Melaka.

Cara-cara membuat sambal belacan Melaka :
Bahan-bahan
5 batang cili hidup / cili padi
sedikit belacan
setengah biji tomato
secubit garam
1 sudu kecil gula pasir
2 biji limau sambal

Cara Membuatnya :
a) belacan dibakar sehingga naik bau.
b) tumbuk cili hidup dengan belacan yang dibakar sehingga lumat.
c) masukkan garam , gula & ditumbuk lumat.
d) masukkan tomato yang telah dihiris & ditumbuk lumat.
e) kemudian sambal belacan tadi dihidang ke dalam piring.
f) perahkan limau sambal untuk mendapatkan airnya.
g) sedia untuk dimakan.. ermm .. sedapnya !!

JOM CUBA !

Seterika Antik Zaman Dahulu Kala



Hah ! Kalau korang nak tahu , inilah seterika yang orang zaman dahulu guna untuk menggosok pakaian. Cantik x seterika ni? Kalau korang nak guna seterika ni kena kumpul banyak tempurung kelapa kemudian dibakar menjadi arang dan dimasukkan ke dalam seterika. Ianya untuk memanaskan seterika ini. Apabila dah panas boleh mula menggosok. Tapi , kalau korang nak tahu orang zaman dulu diorang gosok sekali banyak. Bukannya sehelai-sehelai. Contohnya diorang seterika baju yang nak dipakai dalam seminggu atau beberapa hari.

Kalau dah selesai menggosok pakaian , lebihan arang tadi dikeluarkan daripada seterika. Inilah satu-satunya barang purba yang diwarisi zaman nenek moyang. Seterika inilah yang banyak berjasa kepada diorang.

17.4.14

Simple Review Segment #


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !! Korang jemput meriahkan lagi segmen di bawah yer.

16.4.14

WORDLESS WEDNESDAY #14 | Ikan Cencaru Bakar



Menu simple makan malam .. ikan cencaru yang dibakar & dicicah dengan sambal belacan. Dimakan bersama nasi putih

15.4.14

April - May GA by Amirah





-Tekan Banner untuk join-


Hadiah yang ditawarkan : 
1. Perfume Original
2. Kupon Pembelian Satin Skinz RM50
3. Shiseido Black Mask
4. Cathy Doll L-Gluthathione Magic Cream 138 ml
5. Tudung Akel
6. Charm Bracelet Bestfriend
7. Topup RM50
8. Topup RM10
9. Topup RM5
10. Blouse Merah


Pilihan hadiah saya : 
1. Topup RM50
2. Perfume Original 
3. Tudung Akel


Tarikh tamat : 15 / 5 / 2014


Simple Topup Giveaway by MissEzzatie


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !!
Giveaway ni hanyalah menawarkan hadiah topap sahaja.. 





Mencari 20 PEMENANG!!
Cepat2 Join!
Mana tahu rezeki korang kan!!




13.4.14

Jom Blogwalking Bersama DayangDeno


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !! Korang nak join segmen blokwalking x? kalau nak cepat-cepat join yer..


Klik banner kalau nak join!!

11.4.14

Daim Giveaways dr Snek Lazat & Sedap


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !! Ade tak diantara korang yang suka cokolat DAIM ni? mesti laa ade .. kalau korang nak cokolat meh join giveaway ini. Manelah tahu kot2 rezeki korang bertuah.


Klik banner kalau nak join

Karnival Pendidikan Negeri Melaka



Karnival pendidikan Negeri Melaka telah diadakan pada bulan lepas di Melaka Internasional Trade Centre atau nama singkatannya MITC . Pelbagai aktiviti diadakan di Karnival ini seperti menulis esei , bersajak , berpantun dan sebagainya.

Karnival ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berbahagia Ketua Menteri Melaka. Ramai pengunjung yang hadir pada karnival ini. Di Negeri Melaka , Karnival Pendidikan diadakan dua atau tiga kali setahun. Karnival ini bertujuan untuk memupuk minat generasi muda . Amalan sikap minat membaca dan menimba ilmu adalah sangat digalakkan terutamanya kepada generasi muda-mudi.

Orang ramai diberi peluang untuk menonjolkan bakat yang terpendam dalam aktiviti yang diadakan selama 4 hari berlangsungnya Karnival Pendidikan ini. Aktiviti yang diadakan seperti mari bersyair , berpantun & bersajak. Selain itu , terdapat juga aktiviti mari melukis yang dikhususkan untuk sekolah rendah sahaja.

Last sekali , di akhir setiap aktiviti yang diadakan disediakan hadiah & cenderamata kepada para pemenang.





10.4.14

REVIEW BLOG | SAKURA UNGU



Hai !! korang nak tau x .. baru-baru ini , saya review blog salah seorang pemenang segmen yang saya sponsor dekat page. Blog yang saya review ni ialah BLOG SAKURA UNGU
Latar belakang blog ni simple jer. Tak la berat sangat. Warna pun biase-biase jer. Pemilik blog ni berasal dari Pulau Pinang. Merupakan seorang guru lepasan. Blog ini tidak mempunyai icon-icon atau bunga-bungaan yang banyak. Kalau terlalu banyak nanti blog pula yang berat nak loading.
Kat dalam BLOG SAKURA UNGUpula berkisar tentang review produk kecantikan , segmen atau giveaway dan sebagainya. Paling best tu siap ade ruangan bahasa jepun lagi. Wah ! macam nak pergi jepun jer. Maklumlah beliau seorang lepasan guru.arigato kozaimash hehe .. Mane tahu suatu hari jadi guru kat jepun pula.
Okey la .. sampai di sini sahaja coretan review saya buat masa ini. Tunggu review blog pemenang yang satu lg. Bye ..!! Bye..!!


ruangan bahasa jepun



Entri Meletop !!!
Yahoo !!Percuma 5GB internet

X - Factor bakal jadi jutawan

tolong tunggu sampai habis loading!!

9.4.14

WORDLESS WEDNESDAY #13



minuman yogurt nestle perisa guava .. korang suka minum yogurt x?

8.4.14

Mini Topup Giveaway by Aniss Anissa


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !! Kepada korang yang guna prepaid tu , jom join giveway di bawah.. kot .. kot .. mane tau rezeki korang.


Klik banner kalau nak join !

6.4.14

Short Segmen by Sally Samsaiman


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !!

Segmen ni sally buat sempena nak buat GiveAway utk barang-barang yang ada sally mention dalam entry SINI...so, saje nak pancing...nak tengok market...kalau ramai yang yg join nanti sally buat GA pulak..okay..?



Syarat-syaratnya:
  1. Follow blog SallyAdd To Circle Google+ Sally, dan Like Fanpage Sally
  2. Klik 1,2,3,4.
  3. Like Page My Beauty Herbs & Like gambar SINI.
  4. Buat satu entry bertajuk Short Segmen by Sally Samsaiman.
  5. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML
  6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.

5.4.14

MR & MRS Hafiezy Mini Giveaway


Rebut peluang menang Wang tunai RM50 : Top Refferal, Wang Tunai RM50 : Best Wishes , Monopod x 2 : Random.Org , 100 pcs Namecard Blog Vanilla & Chocolate + Bookmark . Siapa yang berminat sila tekan banner di atas . Terima kasih :)


Assalamualaikum and Happy Anniversary to MR & MRS HafiezySelamat menyambut hari ulang tahun yang ke-2. Semoga korang bahagia di dunia & akhirat. Enjoy your holiday and wish the lucky. Muah.. Muahh2x.. Disamping hidup dengan aman dan dikurniakan cahaya mata yang comel.

4.4.14

Perkara Sunat Hari Jumaat



Seperti yang kita tahu , haari jumaat merupakan penghulu segala hari. Oleh itu , kita haruslah melakukan perkara-perkara sunat. Semoga kita mendapat rahmat daripada yang Maha Pengasih.

3.4.14

Giveaway Fanylover.me


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !! Cantiknya banner GA ni.. macam-macam hadiah ade.Jemput join yer korang semua. Mane tahu ade rezeki korang.


klik banner kalau nak join!!

2.4.14

WORDLESS WEDNESDAY #12



kita wajib sayang-menyayangi & hormat-menghormati ibu bapa selagi mereka masih ada.

WORDLESS WEDNESDAY #11



korang blh nampak x perbezaan dalam gambar di atas?

1.4.14

Segmen Mini Powerbank Aswan Azmy


Assalamualaikum & Salam 1 Malaysia !! Korang suka power bank x? Kalau suka , jom join giveaway ni. Manalah tau rezeki korang dapat power bank free !!


klik banner kalau nak join !

Umat Islam Haram Menyambut "APRIL FOOL"



"APRIL FOOL" ialah hari bagi penganut agama kristian pada setiap 1 April. Ianya disambut dengan usikan atau gurauan terhadap kawan, musuh, jiran, dan orang lain dengan tujuan bergurau senda atau memalukan mereka. Dalam kata lain mempermainkan kawan2 atau sahabat handai.

"APRIL FOOL" berasal dari satu episod sejarah Muslim Sepanyol di tahun 1487 M, atau bertepatan dengan 892 Hijrah. Perayaan ini boleh diketegorikan satu amalan menipu. Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah SAW bersabda : Orang munafik mempunyai tiga ciri : Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah yang diberi.

Blog Tak Up To Date



Dah 3 hari blog saya x update. Traffik blog pun semakin hari semakin berkurang. Sedih kan.. ;-);-);-);-) Bukannya sengaja x nak update tapi tak ade masa. Tengok kawan-kawan blogger , ade jer cerita-cerita yang menarik.
 
Template Edited By Mastura Aziz ♥ All Rights Reserved © 2014