ENTRI MELETOP !! WAJIB CLIK !!

LAPTOP/KOMPUTER ANDA ROSAK? KAMI BOLEH BANTU ! JUGA MENYEDIAKAN PELBAGAI SERVICE MAKLUMAT LANJUT DI SINI

11.4.14

Karnival Pendidikan Negeri Melaka



Karnival pendidikan Negeri Melaka telah diadakan pada bulan lepas di Melaka Internasional Trade Centre atau nama singkatannya MITC . Pelbagai aktiviti diadakan di Karnival ini seperti menulis esei , bersajak , berpantun dan sebagainya.

Karnival ini telah dirasmikan oleh Yang Amat Berbahagia Ketua Menteri Melaka. Ramai pengunjung yang hadir pada karnival ini. Di Negeri Melaka , Karnival Pendidikan diadakan dua atau tiga kali setahun. Karnival ini bertujuan untuk memupuk minat generasi muda . Amalan sikap minat membaca dan menimba ilmu adalah sangat digalakkan terutamanya kepada generasi muda-mudi.

Orang ramai diberi peluang untuk menonjolkan bakat yang terpendam dalam aktiviti yang diadakan selama 4 hari berlangsungnya Karnival Pendidikan ini. Aktiviti yang diadakan seperti mari bersyair , berpantun & bersajak. Selain itu , terdapat juga aktiviti mari melukis yang dikhususkan untuk sekolah rendah sahaja.

Last sekali , di akhir setiap aktiviti yang diadakan disediakan hadiah & cenderamata kepada para pemenang.





Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KALAU AWAK COMEL TEKAN SINI

 
Template Edited By Mastura Aziz ♥ All Rights Reserved © 2014