LAPTOP/KOMPUTER ANDA ROSAK? KAMI BOLEH BANTU ! JUGA MENYEDIAKAN PELBAGAI SERVICE MAKLUMAT LANJUT DI SINI

28.4.14

Dadih HOMEMADE



Ermm ... kalau musim panas macam ni , sedapnya makan dadih. Tak kiralah perisa ape sekalipun. Bagi saya , saya suka perisa cokat , jagung & strawberi. Ketiga-tiga perisa ini memang kegemaran saya. Dadih ini boleh didapati di kebanyakan pasar-pasar malam. Apa kata , kali ini korang buat dadih sendiri. Lagipun tak susah nak buat dadih sendiri. Bahan-bahan pun senang & mudah didapati di pasaraya. Jom ! Buat dadih homemade.. Antara bahan-bahan yang diperlukan ialah : ~
~ 5 gram serbuk agar2 atau setengah bungkus agar2 bertali
~ 500ml susu segar berperisa coklat
~ 3/4 cawan gula
~ 500ml air masak
~ 1 sudu teh garam
~ 1 sudu besar tepung jagung - dibancuh dgn 2 sudu besar air
~ 1sudu teh emulco coklat

Cara membuatnya:
(a) Agar2 dimasak bersama air hingga mendidih. Jika korang menggunakan agar2 bertali, rendam dulu supaya lembut dan lebih cepat hancur. Masukkan garam dan gula. Masukkan adunan tepung jagung. Masak hingga mendidih.
(b) Masukkan susu segar berperisa coklat & emulco coklat setelah agar-agar tadi hancur.
(c) Masaklah kembali adunan tersebut. Gunakan api yg sederhana sj dan hendaklah sentiasa dikacau agar tidak berketul. Apabila nampak tanda2 mendidih, padamkan api. Peringatan: jgn masak terlalu lama nanti dadih menjadi keras.
(d) Biarkan sebentar dadih tadi atau hingga suam baru lah ditapis sebelum dimasukkan kedalam bekas. Kalau nak lebih cepat bolehlah dimasukkan kedalam peti ais seketika.
(e) Apabila dadih dah menjadi bolehlah dimakan. Ermm.. sedapnya!

Selamat Mencuba !

~emulco coklat yang saya gunakan~

1 ulasan:

KALAU AWAK COMEL TEKAN SINI

 
Template Edited By Mastura Aziz ♥ All Rights Reserved © 2014