( a ) Amalkan memakan buah yang berwarna ungu seperti buah prun & buah beri kerana ianya sangat kaya dengan sebatian yang di kenali sebagai ‘"anthocyanidins’" yang terbukti memberi manfaat pada kesihatan mata.
( b ) Amalkan memakan sayuran yang berwarna hijau seperti kangkung , bayam , sawi & salad kerana ianya sangat kaya dengan beta karotin yang baik untuk mata.
( c ) Pengambilan buahan yang berwarna oren atau kuning juga sangat penting kerana ianya mempunyai beta karotin yang terkandung di dalamnya sangat tinggi. Contohnya seperti buah betik & mangga masak.
( d ) Amalkan memakan sayuran yang berwarna oren & merah seperti lobak merah , tomato & labu sekurang-kurangnya sehari sekali. Ianya bagi memastikan tubuh anda sentiasa mendapat sumber beta karotin yang berterusan.
( e ) Kerap melakukan senaman mata dengan cara mengerdipkan dan memejamkan mata anda kerana ia mampu mengurangkan keradangan dan rasa letih pada mata.
( f ) Mengurangkan stress pada mata dengan meletakkan hirisan timun pada kelopak mata anda. Mata yang letih mengakibatkan lingkaran gelap di sekeliling mata terjadi seterusnya menjejaskan penampilan anda.
( g ) Memerlukan tidur yang cukup untuk membantu merehatkan mata anda dan membuat mata anda kelihatan segar dan bermaya.
( h ) Kalau boleh elakkan mata anda dari cahaya yang sangat terang kerana ia akan menjejaskan penglihatan anda. Pakailah kaca mata gelap untuk memelihara mata anda.
Ayuh , kita sama-sama menjaga mata kita agar kelihatan lebih sihat.
thanks ..
BalasPadam