ENTRI MELETOP !! WAJIB CLIK !!

LAPTOP/KOMPUTER ANDA ROSAK? KAMI BOLEH BANTU ! JUGA MENYEDIAKAN PELBAGAI SERVICE MAKLUMAT LANJUT DI SINI

9.8.14

RESEPI | AGAR-AGAR KOKTAIL



Agar-agar ini dimasak menggunakan susu. Sesuai untuk minuman petang atau dijadikan pencuci mulut.

Bahan-bahan [ untuk 1 loyang ] :
setengah peket agar-agar bertali
5 cawan air
1 senduk gula pasir
4 biji telur
1 tin susu cair ( *saya guna susu cair Carnition )
1 tin buah-buahan koktail

Cara Membuat :
1) masak agar-agar bertali bersama dengan air dan gula pasir sehingga hancur.
2) apabila agar-agar dah hancur , perlahan api dan masukkan telur yang telah dipukul. lepas itu masukkan pula susu cair.
3) kacau lagi. last sekali masukkan buah-buahan koktail.
4) kacau sehingga sebati. apabila sudah mendidih , tutupkan api dan tuangkan ke dalam loyang.
5) sejukkan sekejap diatas meja. kemudian sejukkan agar-agar tadi ke dalam peti sejuk sehingga beku.
6) apabila sudah beku , boleh dipotong dan sedia untuk dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KALAU AWAK COMEL TEKAN SINI

 
Template Edited By Mastura Aziz ♥ All Rights Reserved © 2014