LAPTOP/KOMPUTER ANDA ROSAK? KAMI BOLEH BANTU ! JUGA MENYEDIAKAN PELBAGAI SERVICE MAKLUMAT LANJUT DI SINI

19.2.14

LAKSA PENANG VS LAKSA NYONYA



Hai! korang pernah makan laksa x? Kalau korang nak tahu , laksa adalah sejenis makanan kegemaran saya. Laksa penang ialah laksa kering yang dicelur dahulu. Manakala laksa nyonya adalah sejenis meehoon. Cuma bezanya adalah rasa & tekstur kuah laksa itu sendiri. Kuah laksa penang dibuat daripada isi ikan sardin yang dikisar untuk memekatkan kuahnya. Kuah laksa nyonya pula menggunakan bahan-bahan kisar seperti belacan , bawang , cili kisar & kunyit hidup. Kuahnya seakan akan macam kuah asam pedas & pekat. Kuah laksa penang menggunakan daun kesum manakala kuah laksa nyonya tidak menggunakan daun kesum.

RESEPI LAKSA NYONYA
Bahan utama
meehoon ( dicelur )

Bahan A
200 gram bawang besar
100 gram lengkuas
50 gram kunyit hidup
50 gram belacan
2 btg serai
5 biji buah keras
20 tangkai cili kering
50 gram udang kering
Bahan B
minyak masak
setengah kilo ayam( dipotong-potong )
10 ekor udang ( sederhana )
1 liter santan
250 ml air masak
6 kpg asam gelugur
3 btg bunga kantan ( dikerat )
gula & garam secukup rasa
Bahan Untuk Hiasan
timun ( potong nipis & memanjang )
cili merah ( dihiris )
daun bawang ( dihiris )
bawang goreng
telur rebus


CARA MEMASAK :
( 1 ) kisar semua bahan A & tumis sampai pecah minyak.
( 2 ) masukkan ayam & udang.. biarkan seketika
( 3 ) apabila ayam dah lembut , masukkan santan , air masak & bunga kantan.
( 4 ) masukkan garam & gula secukup rasa.
( 5 ) apabila kuah sudah mendidih , tutupkan api & hidangkan bersama laksa yang dicelur tadi.

SELAMAT MENJAMU SELERA
**p/s : sukatan bahan blh dikurangkan mengikut berapa orang makan**

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KALAU AWAK COMEL TEKAN SINI

 
Template Edited By Mastura Aziz ♥ All Rights Reserved © 2014