LAPTOP/KOMPUTER ANDA ROSAK? KAMI BOLEH BANTU ! JUGA MENYEDIAKAN PELBAGAI SERVICE MAKLUMAT LANJUT DI SINI

5.7.14

RESEPI | AYAM PANGGANG MADU SIMPLE




Korang suka makan ayam x? Ayam ni sebenarnya boleh masak pelbagai menu. Di antara menu ayam ialah ayam masak kicap , ayam masak lemak dan sebagainya. Untuk menu berbuka puasa kali ini, saya ingin berkongsi resepi ayam panggang madu yang simple.

Bahan Utama
5 atau 6 ketul ayam

Bahan Perapan
sedikit garam
sedikit serbuk kunyit
setengah sudu serbuk kari
setengah sudu serbuk jintan putih
setengah sudu serbuk lada putih
setengah sudu serbuk lada hitam
3 sudu madu lebah


Cara Memasak:
Ayam dibasuh & dibersihkan dahulu. Perap ayam tadi dengan menggunakan kesemua bahan perapan & gaul hingga sebati. Kemudian , perap ayam selama 1 atau 2 jam supaya bahan-bahan tadi meresap ke dalam ayam. Selepas itu , panggang ayam tadi di atas kuali leper selama setengah jam atau sehingga masak. Jangan lupa renjiskan sedikit minyak ke atas ayam tadi.(ps** saya menggunakan kuali pemanggang ajaib ) Siap & sedia untuk dihidangkan.


SELAMAT MENCUBA!!

3 ulasan:

  1. jom ke blog syira..banyak baju cantik2, produk kecantikan dan kesihatan serta giveaway menarik ^_^

    BalasPadam
  2. wahh..sedap..kalau guna wings mesti lagi sedappp..

    BalasPadam

KALAU AWAK COMEL TEKAN SINI

 
Template Edited By Mastura Aziz ♥ All Rights Reserved © 2014