LAPTOP/KOMPUTER ANDA ROSAK? KAMI BOLEH BANTU ! JUGA MENYEDIAKAN PELBAGAI SERVICE MAKLUMAT LANJUT DI SINI

15.3.14

Buah Belimbing Buluh dan Khasiatnya



Belimbing buluh ini merupakan sejenis buah yang masam. Buah ini boleh dijadikan pengganti asam jawa. Rupa buah ini bujur & menyerupai buah belimbing.Mempunyai pokok yang tinggi. Belimbing buluh boleh dibuat jeruk atau dijadikan pelbagai tujuan.

Contohnya ni negeri Pantai Timur , buah belimbing buluh dicampurkan ke dalam kuah nasi dagang untuk menyedapkan rasa. Buah belimbing buluh juga boleh dijadikan sambal. Selain digunakan di dalam masakan , belimbing buluh juga digunakan dalam perubatan tradisional untuk melembutkan kulit muka dan menghilangkan jerawat.

Cara untuk melembutkan kulit muka ialah dengan memarut buah belimbing buluh yang muda , dicampurkan sedikit air dan disapu pada muka. Selain itu , air belimbing buluh ( muda ) boleh menurunkan tekanan darah tinggi , kencing manis dan juga untuk mengelakkan pitam. Belimbing buluh juga boleh menyembuhkan batuk korang ialah dengan cara merebus daun , bunga & buah belimbing buluh dalam jumlah yang sama banyak sehingga mendidih & diminum setiap pagi. Mudah-mudahan batuk tersebut akan sembuh.


1 ulasan:

  1. wah banyak khasiat juga buah belimbing ni rupanya tapi sesetengah petua buah ni bgus juga untuk mengubti penyakit darah tinggi jika selalu amalkan.

    BalasPadam

KALAU AWAK COMEL TEKAN SINI

 
Template Edited By Mastura Aziz ♥ All Rights Reserved © 2014