ENTRI MELETOP !! WAJIB CLIK !!

LAPTOP/KOMPUTER ANDA ROSAK? KAMI BOLEH BANTU ! JUGA MENYEDIAKAN PELBAGAI SERVICE MAKLUMAT LANJUT DI SINI

14.3.14

Petua Untuk Menghalau Semut



Haa .. rumah korang ade semut x? mestilah ade kan walaupun seekor semut . Tak kira semut hitam ke .. semut kecik ke .. Semut ni suka makanan & minuman yang manis-manis. Walau di dalam balang gula sekalipun. Korang pernah terfikir tak macam mane nak halau semut-semut ni ? Di sini ade beberapa petua untuk menghalau semut :-

Petua 1 : Masukkan beberapa keping asam gelugur (asam keping) atau beberapa kuntum bunga cengkih ke dalam bekas gula untuk menghalau dan mengelak semut. Bau asam keping atau bunga cengkih tidak menghilangkan atau menukar rasa manis gula.

Petua 2 : Siat-siat beberapa helai daun sirih dan taburkan pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

Petua 3 : Letakkan beberapa tangkai cili kering pada timbunan gula. Ini menghindarkan semut menghampiri gula.

Petua 4 : Celup kain bersih ke dalam minyak masak dan ikat kain tersebut pada tempat yang dikerumuni semut seperti baling gula, keliling meja dan sebagainya.

Petua 5 : Bakar kulit telur hingga menjadi abu. Tabur abu ini pada kawasan laluan semut atau tempat semut berkerumun.

" SELAMAT MEMBACA & SELAMAT MENCUBA "

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

KALAU AWAK COMEL TEKAN SINI

 
Template Edited By Mastura Aziz ♥ All Rights Reserved © 2014