LAPTOP/KOMPUTER ANDA ROSAK? KAMI BOLEH BANTU ! JUGA MENYEDIAKAN PELBAGAI SERVICE MAKLUMAT LANJUT DI SINI

26.5.14

Downy | Detergent Pelembut Fabrik



Korang mesti dah tahu ape tu downy & pernah guna kan!! Downy adalah jenama pelembut fabrik yang dihasilkan oleh Procter & Gamble. Downy memasuki pasaran Amerika Syarikat pada 1961 dan telah berkembang ke beberapa negara di Amerika Selatan, Eropah dan Asia. Produk ini telah berkembang sejak 50 tahun dahulu. Downy selalu digunakan semasa membilas pakaian. Baunya harum seperti wangian bunga kasturi.
Produk downy yang terbaru mempunyai dua haruman yang berbeza iaitu ' Downy Parfum ' dan ' Downy Parfum Passion '. Apabila menggunakan pelembut downy ianya memudahkan kerja menggosok dengan seterika kerana pakaian tidak mudah berkedut.

Arahan Menggunakan Downy
Pada bilasan terakhir, masukkan Downy mengikut sukatan di bawah ke dalam air bilasan atau ruang pelembut pada mesin basuh.

Untuk cucian tangan
Tambah ½ penutup untuk 15-20 helai pakaian, rendam selama beberapa minit dan keringkan.

Untuk cucian mesin
Tambah ½ penutup untuk separuh muatan (sehingga paras air 35L). 1 penutup untuk muatan penuh (sehingga paras air 52L). Selepas kitaran membilas selesai, keringkan seperti biasa.Untuk hasil terbaik pada jeans, selimut dan tuala, tambahkan 1 lagi penutup Downy.


*jika ternampak iklan cpuv Petronas Primax 95 berlegar-legar tlg klik yer*

1 ulasan:

  1. suka bau downy. best. wangi. bau dia tahan sampai berbulan-bulan :)

    BalasPadam

KALAU AWAK COMEL TEKAN SINI

 
Template Edited By Mastura Aziz ♥ All Rights Reserved © 2014