ENTRI MELETOP !! WAJIB CLIK !!

LAPTOP/KOMPUTER ANDA ROSAK? KAMI BOLEH BANTU ! JUGA MENYEDIAKAN PELBAGAI SERVICE MAKLUMAT LANJUT DI SINI

31.5.14

RINGKASAN NOVEL | TAK SANGKA AKU



Tajuk novel : Tak Sangka Aku
Terbitan : Karangkraf
Penulis : Azra Aryriesa
Bakal Terbit : 25 Jun 2014

Novel ini mengisahkan tentang persahatan yang sering disalah erti yang menyebabkan mereka bergaduh dan berdendam diantara satu sama lain. Persahabatan ini terbina sejak kecil di antara Farah dan Faizam yang sering kali disalah erti semua orang. Johan mencintai Farah namun tidak mampu diluahkan kerana dirasakan Faizam menjadi penghalangnya. Malah dia sedar yang Farah membencinya. Manakala Faizam pula mencintai Balkis namun gadis itu sentiasa bersikap dingin dengannya. Farah sendiri punya cinta buat Johan namun kerana benci, perasaan itu tidak disedarinya.

Manakala Ikhwan pula cuba meraih simpati cinta Farah walaupun dia tahu mustahil mereka dapat bersama. Rancangan ini diatur Ikhwan untuk menghapuskan Faizam dan Johan agar dia dapat memiliki Farah. Nisda pula mendendami Farah tetapi mencintai Johan dalam diam.

Terdapat beberapa persoalan yang terungkai di dalam novel ini. Dapatkah Johan dan Farah bersatu semula? Mampukah Faizam menakluk hati dingin Balkis? Tercapaikah impian Ikhwan untuk memiliki Farah serta membunuh musuh-musuh ketatnya, iaitu Faizam dan Johan? Berjayakah Nisda dalam mengejar cinta Johan dan melunaskan dendamnya terhadap Farah?

Semua persoalan diatas terdapat di dalam novel "Tak Sangka Aku". Jadi , jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan novel ini yang akan terbit di pasaran pada bulan jun ini.

1 ulasan:

  1. datang n singgah dari http://zaralisha.blogspot.com/2014/06/june-giveaway-oleh-ma.html

    BalasPadam

KALAU AWAK COMEL TEKAN SINI

 
Template Edited By Mastura Aziz ♥ All Rights Reserved © 2014