ENTRI MELETOP !! WAJIB CLIK !!

LAPTOP/KOMPUTER ANDA ROSAK? KAMI BOLEH BANTU ! JUGA MENYEDIAKAN PELBAGAI SERVICE MAKLUMAT LANJUT DI SINI

26.5.14

Khasiat Minuman Teh Misai Kucing



Teh misai kucing adalah merupakan sejenis minuman herba daripada pokok misai kucing. Manakala pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek tropika daripada keluarga "Lamiaceae" yang terdapat di Malaysia. Malaysia merupakan salah sebuah daripada 12 negara yang diiktiraf sebagai mempunyai kepelbagaian raya. Pokok Misai Kucing ialah pokok herba renek yang tumbuh sehingga mencapai ketinggian 1.5 meter. Nama sainstifik bagi misai kucing ialah "Orthosiphon stamineus, Benth".

Minuman teh misai kucing mampu merawat penyakit iaitu dengan mengamalkannya. Teh misai kucing juga mempunyai banyak khasiat yang tersendiri. Di antara khasiat teh misai kucing adalah seperti berikut :

Membersihkan & Menyahkan Toksik Ginjal
Toksik seperti asid urik berlebihan, sisa-sisa metabolik dan pengumpulan asid, perlu disingkirkan dari badan untuk mengelakkan pengumpulan.Kegagalan berbuat demikian akan menyebabkan:
(a) keletihan
(b) kulit tidak berseri
(c) daya ketahanan yang lemah
(d) sengal-sengal
(e) kesakitan dan sebagainya
Misai Kucing membersihkan GINJAL, salah satu organ penyahtoksik utama dalam badan dan membantu menyingkirkan air dan toksin berlebihan. Ia melakukan secara semulajadi serta lembut tanpa membebankan ginjal, tidak seperti diuretik yang lain, ia tidak mendatangkan kesan sampingan seperti ubat diuretik sintetik.

Mengurangkan Inflamasi & Gout
Fungsi anti-inflamasi Misai Kucing membantu mengurangkan kesakitan dan bengkak untuk melegakan kesakitan di sendi dan otot. Selain fungsi anti-inflamasinya, ia menyingkirkan asid dan toksin yang terkumpul di sendi dan otot. Pengumpulan asid dan toksin selepas sesuatu jangka masa akan merengsangkan tempat tersebut dan menyebabkan sengal-sengal, kesakitan dan inflamasi. Misai kucing telah digunakan secara tradisional untuk melegakan kesakitan dan bengkak yang disebabkan oleh gout.

Membantu Mengembalikan Tekanan Darah Tinggi Kepada Normal
Methylripariocromene A (komponen semulajadi yang terdapat dalam Misai Kucing) telah terbukti secara klinikal dapat membantu mengurangkan tekanan darah tinggi dalam beberapa cara:

( i ) Menggalakkan penegenduran sel-sel otot dalam dinding saluran darah, menyebabkan vasodilatan atau meluaskan saluran darah untuk mengurangkan tekanan darah
( ii ) Menormalkan kadar denyutan jantung untuk mengurangkan tekanan pada jantung
( iii ) Mengeluarkan natrium (garam) berlebihan melalui air kencing. Mereka yang mengalami tekanan darah tinggi yang disebabkan oleh pengambilan garam berlebihan akan memperoleh manfaat daripada meminum misai kucing. 

Mengurangkan Pembendungan Air
Terbukti sebagai diuretik, Misai Kucing dapat membantu mengeluarkan air berlebihan dan mengurangkan pembendungan air dalam badan melalui air kencing. Antara masalah pembendungan air yang dapat diatasi oleh Misai Kucing ialah:
( i ) Kesembapan sebelum dan semasa haid ( ii ) Ketidakcergasan
( iii ) Muka sembab
( iv ) Kebengkakan pada mata
( v ) Berat badan meningkat
( vi ) Kaki yang bengkak dan berat


1 ulasan:

KALAU AWAK COMEL TEKAN SINI

 
Template Edited By Mastura Aziz ♥ All Rights Reserved © 2014