LAPTOP/KOMPUTER ANDA ROSAK? KAMI BOLEH BANTU ! JUGA MENYEDIAKAN PELBAGAI SERVICE MAKLUMAT LANJUT DI SINI

25.5.14

Petua Untuk Empukkan / Melembutkan Daging



Kebanyakkan orang suka makan daging. Tidak kiralah sama ada daging lembu atau daging kambing. Pernah x suatu hari korang makan daging yang keras? Mesti pernah makan walaupun sekali. Rasa menyesal pun ada.

Daging sesuai dijadikan hidangan seperti daging bakar , daging masak kicap & kari daging. Sebelum korang nak masak , daging tu perlulah dilembutkan terlebih dahulu. Di sini saya ingin kongsikan beberapa petua untuk lembutkan daging :

(A) ambil beberapa helai daun nangka & dibersihkan. kemudian masukkan daun nangka tadi ke dalam periuk & direbus bersama daging.

~daun nangka~

(B) menggunakan keratan batang ubi kayu. pastikan batang ubi kayu itu dibersihkan terlebih dahulu. masukkan ke dalam periuk ketika ia sedang mendidih sahaja. Biarkan selama 10 – 15 minit, lalu angkat serta asingkan batang ubi kayu tersebut.

(C) ambil betik muda & dikupas kulitnya. kemudian dipotong dan dibasuh terlebih dahulu. masukkan betik muda ke dalam daging yang hendak direbus tadi.

(D) jika hendak masak gulai daging atau kari daging , ambil beberapa biji buah keras , dibasuh & ditumbuk kasar. masukkan buah keras yang ditumbuk tadi ke dalam gulai. biarkan sehingga daging menjadi lembut.

~buah keras~

Bahan-bahan diatas boleh didapati di kampung atau kebun-kebun tanaman. Sampai di sini sahaja coretan saya pada kali ini.

3 ulasan:

  1. info yang berguna untuk hari raya nanti :)
    Datang BW & FOLLOW rakan sponsor GA Syira :)

    BalasPadam
  2. Petua yang mak selalu guna mase masak daging.. Rebus dengan biji kurma & sudu besi. Alhamdulillah lembut.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Jemput join GA saya :
      http://drshikinzainal.blogspot.com/2014/05/setulus-kasih-ibu-contest.html

      Padam

KALAU AWAK COMEL TEKAN SINI

 
Template Edited By Mastura Aziz ♥ All Rights Reserved © 2014