ENTRI MELETOP !! WAJIB CLIK !!

LAPTOP/KOMPUTER ANDA ROSAK? KAMI BOLEH BANTU ! JUGA MENYEDIAKAN PELBAGAI SERVICE MAKLUMAT LANJUT DI SINI

9.5.14

Menu Tengahari : Buah Gajus Masak Lemak Ketam



Korang pernah x makan buah gajus? Rasanya sedikit kelat & masam kalau dimakan mentah. Kalau saya lebih suka dijadikan kuah. Kali ini saya ingin berkongsi resepi buah gajus masak lemak bersama ketam :

Bahan-bahan :
5 biji buah gajus ( dipotong memanjang & dibuang biji )
2 ekor ketam sederhana ( dikerat 2 )
1/2 tin susu cair
1 batang serai ( diketuk )
sedikit garam
air masak
Bahan2 yang ditumbuk :
4 biji cili padi
1 ulas kunyit hidup
1/2 biji bawang merah besar

Cara memasak :
a) bahan2 yang ditumbuk tadi dimasukkan ke dalam periuk ( tanpa menggunakan minyak )
b) masukkan serai yang diketuk tadi
c) tambahkan sedikit air masak & hidupkan api
d) masukkan buah gajus yang telah dipotong tadi
e) kacau perlahan-lahan sampai buah gajus hampir masak
f) apabila buah gajus hampir masak , kecilkan api & masukkan susu cair
g) tambahkan 1 cawan air masak
h) akhir sekali , masukkan ketam yang telah dikerat 2
i) perasakan dengan sedikit garam
j) kacau sehingga buah gajus & ketam masak sebati dalam keadaan api yang perlahan ( untuk mengelakkan ianya berketul-ketul )
k) akhir sekali , padamkan api & bolehlah dihidangkan.

SELAMAT MENCUBA !!

~inilah dia rupa buah gajus~

2 ulasan:

  1. Tak pernah dengar lagi menu ni..ingatkan gajus makan camtu je..rupanya boleh masak lemak jugak ye..

    Singgah dari Blog kak Mia..jemput singgah ke blog
    http://www.azhafizah.com/

    BalasPadam
  2. penah makan dan tak penah dengar pon menu nie..huhuhu

    done follow sponsor giveaway Birthday Syira Lokmaan :)

    follow me back ya :)

    BalasPadam

KALAU AWAK COMEL TEKAN SINI

 
Template Edited By Mastura Aziz ♥ All Rights Reserved © 2014